TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 76)
Berhijrah ke Dubai (4)
Awfa Amanie belum dapat ke sekolah. Hampir setiap hari saya & Makhtar menanya pihak sekolah. Jawapan standard diberi. "No vacancy. Sorry". Pelik juga tiada kekosongan dalam bidang pendidikan.
Di rumah, saya & isteri mengajar Awfa bahasa English & Matematik. Semua buku latihan kami beli. Latihan bertubi-tubi. Memang Awfa nak belajar sangat. Setiap hari dia bertanya bila dia boleh ke sekolah. Sedih melihat keadaan dirinya. Abangnya Atiqie sudah dapat belajar mulai November 2008. Kakaknya Izzatie pun sudah mendaftar di Universiti Wollongong (cawangan Dubai).
Peringkat kesabaran saya dah nak meletup. Saya letak tekanan ke atas Makhtar juga sebagai teman sekerja saya. Hanya kami berdua yang mengasaskan syarikat Amanie di Dubai. Urusan keluarga kena settle baru kerja lebih lancar. Baru otak tenang.
"If you dont give Awfa a chance to study at your school, we will report to the authority. She has been here for 4 months already waiting for an opportunity. There was not even one interview with her". Inilah kurang lebih skrip dari Makhtar. The most powerful script ever.
Selepas beberapa hari Awfa dipanggil interview bagi Gred 1. Selepas interview, dia dapat Gred 2. Rezeki dia. Dia berjaya mempamerkan kemampuannya sebagai murid Gred 2. Pihak sekolah juga profesional dalam membuat penilaian. Setiap orang dinilai dengan pencapaian masing2 tanpa mengira umur. Personalised solution sudah menjadi amalan di pendidikan barat. Di Malaysia & negara Islam, masih lagi tawaran skrip & cara yang sama bagi semua orang.
Di hari pertama Awfa ke sekolah, nampak sangat wajahnya penuh teruja. Dia malu2 sebagai anak Malaysia tetapi dia berani melangkah masuk disambut seorang guru wanita dari Australia. Beg Awfa diambil & diletakkan di tempat sepatutnya. Awfa dialu2kan macam raja atau permaisuri.
Bertuah Awfa dapat belajar selama 2 tahun di International Meadow School (duduk di barisan hadapan berstokin panjang). Dia mendapat gelombang baru. Kawan baru. Pengalaman pendidikan unik.
"You didn't give up!" komen pendaftar sekolah kepada Makhtar.
(Foto hiasan saya dengan Awfa di padang pasir sempadan Dubai/Oman sekitar tahun 2018).
MDB